MERBOK 14 Ogos – Sambil memaparkan wajah kasihan, seorang peragut berkali-kali memohon maaf terhadap seorang lelaki kerana meragut beg tangan anak perempuannya di sebuah stesen minyak di Bukit Makmur, Sungai Lalang dekat sini. Bagaimanapun taktik peragut berkenaan yang berusia kira-kira 30-an gagal apabila lelaki tersebut tetap dengan pendirian untuk memanggil pihak berkuasa bagi menahannya. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul…










