Bantuan Sara Hidup RM1.6 bilion - Utusan Malaysia

Bantuan Sara Hidup RM1.6 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kerajaan akan membuat pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) peringkat ketiga mulai 15 Ogos ini melibatkan hampir 4.1 juta pe­nerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.6 bi­lion.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan Persekutuan menunjukkan komitmen untuk melaksanakan janji manifesto Pakatan Harapan walaupun Cukai Barang dan Per­khidmatan (GST) sudah dimansuhkan.

“Perlu ditegaskan bahawa pembayaran RM1.6 bilion dibuat dalam keadaan kekangan kewangan kerana hutang kerajaan Persekutuan yang mencecah RM1 trilion ekoran skandal kewangan 
1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dan salah urus tadbir.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan berharap pemberian BSH ini dapat membantu rakyat membeli barangan ke­perluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidiladha nanti,” katanya dalam satu ke­nyataan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×