SAYA dimaklumkan sejak kebelakangan ini lambakan bas-bas sekolah yang sepatutnya berwarna kuning telah dicat dengan pelbagai warna dan dipasang logo-logo ‘korporat’ sesebuah kolej, sekolah tahfiz, universiti awam atau swasta dan sebagainya tanpa kebenaran pihak berwajib. Pengusaha bas sekolah yang bertopengkan logo-logo korporat ini biasanya memberikan jolokan perkhidmatan mereka dengan panggilan ‘bas korporat’. Saya sebagai seorang pesara guru pernah berdepan situasi menyewa ‘bas korporat’ ini bagi membawa rombongan kampung pada April…










