KUALA LUMPUR – Tan Sri Azman Mokhtar melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Axiata Group Bhd. (Axiata) hari ini selepas menyandang tugas berkenaan selama 10 tahun. Beliau turut meletak jawatan sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif dan selaku wakil dana pelaburan strategik negara, Khazanah Nasional Bhd. Azman baru-baru ini meletakkan jawatan sebagai Pengarah Urusan Khazanah. Dalam satu kenyataan hari ini, Axiata menyifatkan Azman sebagai pemimpin berwawasan yang memaparkan perkhidmatan contoh sejak 10 tahun lepas dan berjaya mengukuhkan kedudukan syarikat itu sebagai salah satu kumpulan telekomunikasi terbesar di Asia. Sejak sedekad lalu sehingga akhir Disember…










