JAKARTA, Indonesia – Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang berazam untuk bangkit pada acara pecut dan keirin dalam misi menghadiahkan kilauan emas buat kontinjen Malaysia di pentas Sukan Asia 2018 edisi ke-18 ini. Kelmarin, skuad berbasikal trek negara telah mencipta kejutan dengan meraih pingat perak dalam acara pecut berpasukan, sekali gus memecahkan rekod kebangsaan apabila mencatat masa 43.934 saat di Velodrom Antarabangsa Jakarta. Kini, pelumba kelahiran Terengganu itu berhasrat untuk…










