KUALA LUMPUR 4 Ogos – Peluang Azizulhasni Awang untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo dalam dua acara kegemarannya iaitu 200 meter pecut dan keirin dianggap sukar jika ranking dunia semasa diambil kira. Menurut Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Wahab, pelumba kelahiran Dungun itu jauh ketinggalan dari segi pungutan mata. Katanya, adalah sia-sia jika Azizulhasni, 30, yang diletak di bawah Program Podium selain mendapat…










