WASHINGTON 3 Ogos – Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan terhadap sebuah bank Rusia, Agrosoyuz Commercial Bank kerana didakwa melanggar perintah Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bagi menyekat program peluru berpandu balistik dan senjata nuklear Korea Utara.
Jabatan Perbendaharaan AS turut memaklumkan telah mengenal pasti individu dan dua entiti yang `membantu aktiviti kewangan haram Korea Utara’.
Setiausahanya, Steven Mnuchin berkata, AS akan terus menguatkuasakan sekatan UNSC dan negaranya serta menutup aliran wang haram ke Korea Utara.
“Sekatan akan kekal sehingga kami mencapai pelucutan senjata nuklear Korea Utara sepenuhnya,’’ katanya. – AFP










