Arab Saudi sambung semula eksport minyak - Utusan Malaysia

Arab Saudi sambung semula eksport minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH 4 Ogos – Arab Saudi memaklumkan telah menyambung semula penghantaran minyak melalui Selat Bab al-Mandab, mengakhiri penggantungan selama 10 hari susulan serangan pemberontak di perairan Yemen.

Menteri Tenaga, Khaled al-Falih seperti dipetik oleh Saudi Press Agency sebagai berkata, keputusan itu dibuat setelah tindakan oleh tentera pakatan diketuai Arab Saudi dilakukan bagi memastikan keselamatan di selat tersebut serta Laut Merah.

“Langkah-langkah tertentu diambil dalam penyelarasan dengan komuniti antarabangsa,” katanya.

Selat Bab al-Mandab merupakan laluan perkapalan penting antara Semenanjung Arab dan Afrika yang menghubungkan Laut Merah ke Teluk Aden.

Pada 26 Julai lalu, Arab Saudi menggantung sementara penghantaran minyak melalui selat itu selepas dua kapal tangki minyak yang dikendalikan oleh syarikat penghantaran Bahri diserang. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN