PUTRAJAYA – Perkhidmatan aplikasi cALLme, sebuah platform e-hailing, akan diperkenalkan untuk semua teksi lapangan terbang selewat-lewatnya bulan hadapan bagi memudahkan pemandu teksi mendapatkan pelanggan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook. Beliau berkata aplikasi cALLme itu akan dimulakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebagai fasa pertama, sebelum diperluaskan kepada teksi-teksi bandar di seluruh negara. “Aplikasi teknologi ini akan menjadi salah satu pilihan kepada pengguna masa kini dan saya yakin…










