Anjing diberi makan 32 jarum - Utusan Malaysia

Anjing diberi makan 32 jarum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Seorang penjual sayur dihukum penjara sehari dan denda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana mendera anjing baka Doberman miliknya de­ngan memberi makan roti me­ngandungi 32 batang jarum jahit tahun lalu.

Hakim Ainul Shahrin Mohamed membuat keputusan itu selepas tertuduh, Latifah@Hilda Dusin, 53, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapannya.

Mahkamah menetapkan hukuman penjara tujuh hari sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut. Dia gagal membayar denda tersebut.

Dia dihantar ke Penjara Pusat Kota Kinabalu di sini dan diarah menjalani hukuman bermula semalam.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dilucut hak sebagai pemilik anjing berkenaan dan haiwan itu kini ditempatkan di Persatuan Mencegah Kekejaman terhadap Haiwan (SPCA) Kota Kinabalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dituduh mendera anjing tersebut di rumahnya di Taman Pantai Lok Kawi, Sabindo Kinarut di Papar antara pukul 2 petang hingga 8.30 malam, 19 Januari 2017.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN