PASIR MAS 12 Ogos – Percubaan seorang guru pertanian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kedondong mengusahakan tanaman anggur di kawasan halaman rumah berbaloi apabila pohon itu berbuah lebat walaupun ditanam di kawasan beriklim Khatulistiwa. Wan Mohd. Radzi Wan Salleh, 51, berkata, projek yang diusahakan sejak empat tahun lalu mampu mengeluarkan 350 hingga 400 tangkai anggur untuk sebatang pokok yang sudah matang. Menurutnya, dia memilih untuk mengusahakan tanaman itu kerana mahu mencabar…










