KOTA BHARU 14 Ogos – Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad menyifatkan kandungan surat ditulis Dr. Nur Ilyani Mohamed Nawawi berhubung isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebagai pandangan peribadi pegawai perubatan itu semata-mata. Menurut Dzulkefly, pihak kementerian belum berbincang sama ada Dr. Nur Ilyani perlu dikenakan tindakan tatatertib atau tidak dan beliau masih boleh bertugas seperti biasa. “Ketua Pengarah Kesihatan (Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah) sudah buat kenyataan sebelum…










