KUALA LUMPUR 8 Ogos – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan aliran trafik di sebahagian Jalan Sultan Ismail daripada satu hala kepada dua hala mulai Ahad ini. Menurut DBKL dalam kenyataan hari ini, perubahan itu bermula dari simpang Jalan Sultan Ismail/Jalan Bukit Bintang hingga simpang Jalan Sultan Ismail/Jalan Imbi. Melalui perubahan ini, kenderaan yang datang dari arah Jalan Bukit Bintang dibenarkan membelok ke kiri menghala ke Bulatan Kampung…