KUALA LUMPUR 18 Ogos – Aliran trafik Lebuh Raya Utara-Selatan dilaporkan perlahan setakat 9 malam ini berikutan orang ramai mula pulang ke kampung bersempena cuti sekolah dan sambutan Aidiladha. Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, di utara kenderaan bergerak perlahan dari Ipoh ke Kuala Kangsar manakala di selatan, trafik perlahan dari Kempas ke Pasir Gudang. “Trafik dari Bangunan Sultan Iskandar, Johor juga dilaporkan perlahan dari Singapura menuju Malaysia kerana pertambahan kenderaan,”…