KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama kembali lancar setakat pukul 10 malam ini. Menurut jurucakap PLUS Malaysia Bhd., aliran trafik menuju ke utara dan selatan dilaporkan terkawal dan lancar. “Kenderaan hanya bergerak perlahan dari Simpang Pulai ke Gopeng, Tapah ke Slim River dan Kuala Kangsar ke Terowong Menora,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini. Sementara itu, menurut laman twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM),…