Aliran keluar jangka pendek diunjur RM987j - Utusan Malaysia

Aliran keluar jangka pendek diunjur RM987j

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Julai – Bank Negara Malaysia (BNM) mengunjurkan aliran keluar jangka pendek dikenal pasti bagi pinjaman dalam mata wang asing yang disebabkan oleh pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan sebanyak AS$242.9 juta (RM986.8 juta) bagi tempoh 12 bulan akan datang.

Menurut BNM, jumlah ke­du­dukan hadapan pendek sebanyak AS$16.22 bilion (RM65.89 bilion) manakala jumlah kedudukan hadapan panjang sebanyak AS$50 juta (RM203.1 juta) pada akhir Jun 2018 mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam sistem kewangan.

Katanya, sejajar dengan amalan diterima pakai sejak April 2006, data berkenaan tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek berjumlah AS$2.61 bilion (RM10.6 bilion) untuk tempoh 12 bulan akan datang.

“Satu-satunya saluran keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan kerajaan bagi hutang luar negeri dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun berjumlah AS$90.2 juta (RM366.4 juta).

“Rizab antarabangsa Malaysia tidak mempunyai pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, serta bank dan institusi kewangan lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

BNM juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang a­sing terhadap ringgit.

Secara keseluruhan, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan rizab Malaysia pada akhir Jun 2018 tetap boleh guna.

Aset rizab rasmi berjumlah AS$104.7 bilion (RM425.3 bilion), manakala aset mata wang a­sing lain berjumlah AS$102.1 juta (RM414.8 juta) pada akhir Jun 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN