BERLIN 29 Ogos – Penyerang Barcelona Paco Alcacer berkata dia gembira dapat beraksi di hadapan tempat duduk penuh ‘ajaib’ di laman Borussia Dortmund nanti selepas bersetuju dengan perjanjian pinjaman bersama pasukan Bundesliga itu hari ini. Pemain antarabangsa Sepanyol berusia 24 tahun tiu menandatangani perjanjian selama setahun bernilai 2.2 juta euro (RM10.55 juta), dengan pilihan untuk membeli 25 juta euro (RM120 juta) jika Alcacer menjadi mesin peledak gol seperti yang diingini…










