IPOH 15 Ogos – Rangkaian gedung barangan sukan terkemuka, Al-Ikhsan Sport Sdn. Bhd. (Al-Ikhsan) menjadi kedai sukan rasmi menjual barangan untuk Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018. Ketua Pemasaran Al-Ikhsan, Mizal Ghazali berkata, sebanyak 60 buah cawangan Al-Ikhsan di seluruh negara akan menjual lebih 26 produk rasmi Sukma seperti baju, topi dan cenderamata. Katanya, produk rasmi Sukma Perak itu akan dijual di cawangan Al-Ikhsan di Ipoh Parade bermula hari ini manakala…










