ALOR SETAR 6 Ogos – Dengan pengalaman lebih 20 tahun menjadi jurulatih seni mempertahankan diri taekwondo selain 17 tahun bergelumang dalam dunia motivasi, Pengurus Kem Motivasi Kampung Teluk Kandai, Alor Mengkudu dekat sini, Mohd. Husni Zakaria mengambil inisiatif menggabungkan kedua-dua bidang itu untuk manfaat masyarakat setempat. Menariknya, semua itu dilakukan secara percuma bagi berbakti kepada anak-anak kecil di kampung kelahirannya itu. Pada setiap Sabtu, lebih 30 kanak-kanak berusia antara lima…










