SEPANG – AirAsia menaja penerbangan kontinjen kebangsaan ke Sukan Asia yang akan berlangsung di Jakarta dan Palembang, Indonesia dari 18 Ogos hingga 2 September ini. Majlis penghantaran diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) hari ini bagi 113 atlet kebangsaan yang akan bertanding dalam sukan badminton, hoki, renang, memanah dan gimnastik serta kakitangan perubatan. Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, pihaknya berbesar hati menaja kontinjen Malaysia ke Indonesia…









