GUA MUSANG – Operasi merobohkan halangan di Pos Tohoi, Pos Bihai dan Pos Pasik di sini semalam berlaku dalam suasana penuh emosi apabila sebahagian penduduk Orang Asli yang tidak berganjak menitiskan air mata melihat tindakan pihak berkuasa meranapkan sekatan yang dibina bagi mempertahankan tanah adat yang didakwa milik mereka. Operasi bersepadu dengan kekuatan kira-kira 400 pegawai dan anggota terdiri daripada petugas Jabatan Perhutanan, polis, Pejabat Tanah dan Galian, Angkatan Pertahanan…










