MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI KUALA LUMPUR 21 Ogos – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyeru umat Islam di negara ini mengisi sambutan Aidiladha dengan pengisian yang lebih bermanfaat seperti menyambung silaturahim dan meningkatkan keprihatinan terhadap masyarakat setempat yang menjadi tanggung jawab bersama. Timbalan Perdana Menteri berkata, Aidiladha juga menuntut setiap individu bermuhasabah terhadap peranan sebagai seorang hamba, anggota masyarakat dan juga pemimpin. Selain itu, katanya, semua pihak perlu berganding…