KUALA LUMPUR 29 Ogos – Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di ibu negara hari ini selepas selesai mengerjakan ibadah haji. Kepulangan Ahmad Zahid di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur disambut Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan. Ahmad Zahid dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis berangkat ke Mekah pada 11 Ogos lalu. Foto-foto ketibaan Ahmad Zahid dikongsi Mohamad di Facebook beliau sebentar tadi.-UTUSAN ONLINE










