ROMPIN – Seorang ahli perniagaan kerugian sebanyak RM490,000 akibat diperdaya individu bergelar Datuk dengan menawarkan penjualan tanah bagi projek penternakan yang tidak wujud sejak lima tahun lalu. Dalam kejadian pada 20 Oktober 2013 itu, mangsa lelaki berusia 50 tahun dijemput suspek untuk menandatangani surat akuan dan ditunjukkan dokumen permohonan tanah kerajaan bagi ternakan udang di Sungai Buah Beras, Pontian, di sini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir…










