Ahli keluarga mangsa MH370 kecewa - Utusan Malaysia

Ahli keluarga mangsa MH370 kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING 3 Ogos – Ahli keluarga mangsa pesawat MH370 dari China kecewa apabila laporan yang ditunggu-tunggu tentang kehilangan pesawat itu hanya memberi sedikit maklumat dan tidak diterjemahkan ke dalam bahasa Cina.

Mereka telah mengadakan pertemuan dengan pasukan penyiasat selama enam jam namun ada yang keluar dengan rasa kecewa sambil memegang laporan setebal 1,500 muka surat.

Kata Gao Xianying, dia kecewa kerana semua laporan itu ditulis dalam bahasa Inggeris.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini menyukarkan saya. Saya tidak peduli di mana pesawat itu, saya hanya mahu tahu di mana kesemua penumpang berada,’’ katanya.

Ahli keluarga yang lain kecewa kerana tiada maklumat baharu yang diperoleh.

Wen Wancheng berkata, dia tidak berpuas hati kerana pihak berkenaan melepaskan tanggungjawab tersebut dan menyembunyikan kebenaran. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×