ADUN Kota Laksamana ketuai operasi serbu lokasi persundalan - Utusan Malaysia

ADUN Kota Laksamana ketuai operasi serbu lokasi persundalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Taktik lima pelacur warga Thailand berhimpit dan menyorok di dalam almari rosak untuk mengelak daripada dicekup gagal apabila kesemua­ mereka diberkas dalam satu serbuan di sebuah bangunan lama di Jalan Tun Ali di sini semalam.

Lima wanita Thailand itu diberkas bersama 19 pelacur lain yang berusia antara 20 hingga 37 tahun dalam serbuan selama empat jam bermula pukul 12 tengah malam selepas disyaki menjalankan aktiviti persundalan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Low Chee Leong berkata, seorang daripada yang ditahan didapati positif dadah, manakala lima lagi tidak memiliki dokumen.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan mendapati ke­semua yang ditahan datang ke negara ini sebagai pelancong dan menjalankan aktiviti pelacuran dengan kadar harga antara RM70 sehingga RM165 bagi setiap pelanggan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini