PUTRAJAYA 30 Ogos – Seramai 900 pelajar, guru dan kakitangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 16 (1) menyertai program Malaysia #QuranHour yang dijalankan serentak di seluruh negara. Program yang berlangsung selama satu jam bermula pukul 12 tengahari itu dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah dibaca oleh Pengetuanya, Ab. Aziz Mamat dan diikuti bacaan surah al-Baqarah ayat 1-5 oleh guru dan surah an-Namlu yang dibacakan secara bergilir-gilir oleh para pelajar Kelas Kemahiran…










