JAKARTA 21 Ogos – Tidak sampai seminggu saingan Sukan Asia 2018 bermula, kem kontinjen Malaysia berdepan ujian apabila lapan atlet disahkan mengalami cirit-birit dalam Perkampungan Atlet, Kemayoran, hari ini. Perkara itu disahkan oleh ketua kontinjen Malaysia di Sukan Asia 2018, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi. Kata Abdul Azim, masalah tersebut bukan sahaja dialami kontinjen negara tetapi beberapa atlet negara lain juga turut didapati cirit-birit. “Semua ini dimaklumkan dalam mesyuarat…