650 petugas JKR hadir kursus fotografi Lensa Rencam - Utusan Malaysia

650 petugas JKR hadir kursus fotografi Lensa Rencam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Ogos – Seramai 650 petugas Jabatan Kerja Raya menghadiri Program Persada Minda @JKR 2018 di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid di sini.

Bertemakan ‘Lensa Kejayaan: Kearifan Silam, Pencetus Ilham’ program dua hari tersebut dirasmikan Ketua Pengarah, Datuk Seri Ir. Dr Roslan Md Taha.

Selain ceramah berkaitan tip fotografi telefon pintar yang dikelolakan oleh Lensa Rencam, program tersebut turut diisi ceramah insiprasi yang menyelusuri asal usul dan migrasi bangsa disampaikan oleh panelis berpengalaman.

Sementara itu, Eksekutif Jurufoto Kumpulan Utusan yang mewakili Lensa Rencam, Mohammad Naim Firdaus Abdul Aziz memberitahu, ceramah hari ini bertujuan memberi tip dan teknik suntingan gambar melalui telefon pintar.

“Perakam (jurugambar) bertanggungjawab ke atas sesuatu rakaman. Setiap rakaman (gambar) pasti menjadi sejarah. Kita pasti akan melihat kembali selepas 10 atau 30 tahun akan datang,” katanya.

Terdahulu Mohammad Naim telah membuat penjurian terhadap 65 keping penyertaan pertandingan fotografi telefon pintar atau mobilegrafi yang disertai warga JKR seluruh negara.

Pertandingan dengan tiga tema, iaitu Usaha Tangga Kejayaan, Belakang Parang Diasah Lagikan Tajam dan Bagai Aur dan Tebing bermula bulan lalau dan diadakan secara dalam talian.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengarah Kejuruteraan (Pakar Pengurusan Projek Komunikasi), Sr. Roznita Othman. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN