TATAU 26 Ogos – Seramai 65 penghuni Rumah Panjang Sengalang, Selisot di Jalan Bintulu-Tatau hilang tempat tinggal dalam kebakaran yang berlalu awal pagi tadi. Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pihaknyamenerima panggilan kecemasan pada pukul 3.59 pagi tadi. Katanya, pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau dan Bintulu dengan 19 anggota terus digerakkan ke lokasi kejadian. “Setibanya di lokasi, kebakaran didapati melibatkan sebuah rumah panjang setingkat yang mempuyai…