KUALA LUMPUR – Seramai 60 orang termasuk pegawai kanan dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekitar ibu negara menyertai program Kembara PDRM di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini. Kembara berkenaan yang akan singgah di beberapa titik perhentian di sepanjang perjalanan itu turut disertai dan diketuai oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim. Menurut Mazlan, program kembara tersebut merupakan aktiviti yang dilakukan bagi meningkatkan kerjasama PDRM dengan masyarakat. “Program sebegini turut memberi peluang kepada kami (polis) untuk mengetahui masalah-masalah yang berkaitan dengan jenayah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya