SERDANG – Enam pelajar dan seorang bekas pelajar sebuah kolej swasta ditahan selepas polis menemui ganja dalam serbuan di apartmen Sutramas yang dijadikan asrama kolej swasta tersebut di Persiaran Puchong Jaya Selatan di sini pada Jumaat lalu. Difahamkan, enam pelajar itu merupakan pelajar ijazah sarjana muda tahun kedua dan ketiga sebuah kolej di Bandar Puchong Jaya. Serbuan itu dilakukan selepas polis menahan seorang pelajar dan rakannya yang juga bekas pelajar…