IPOH 6 Ogos – Lebih 500 penyair dari 20 buah negara akan menyertai Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Ke-9 (Pulara) bermula 28 November hingga 2 Disember ini. Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata, antara negara yang akan mengambil bahagian pada festival bertemakan Pulara Mendunia itu ialah Singapura, Indonesia, Thailand, India, Jepun, Perancis, Jerman dan Korea Selatan. “Pada festival edisi kesembilan ini, para peserta akan dibawa melawat ke Bandar Diraja…










