RAI. Seramai 42 pelajar Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS), Rembau, Negeri Sembilan mendapat Sijil Talaqqi al-Quran 30 Juzuk Bersanad selepas diraikan dalam majlis konvokesyen yang diadakan di Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur baru-baru ini. Jurucakap kolej itu berkata, kesemua pelajar berjaya menghabiskan pembacaan al-Quran dalam tempoh tujuh bulan selepas tamat menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia bagi mengisi masa lapang sementara menunggu kemasukan ke mana-mana pusat pengajian tinggi. Mereka merupakan antara 118…










