4 lelaki Bangladesh didakwa culik rakan senegara - Utusan Malaysia

4 lelaki Bangladesh didakwa culik rakan senegara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Empat lelaki warga Bangladesh masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini atas tuduhan melarikan rakan lelaki senegara mereka dengan tujuan untuk mengurung mangsa secara salah, pada bulan lalu.


Shahidul Rahman, 40, Sagor, 33, Mainil Biswas, 34, dan Ziaur Rahman, 29, didakwa bersama-sama melarikan secara paksa Mohamad Al Amin Shikdar, dengan niat mengurung mangsa secara sulit dan salah di Lot 639, Lorong Tasek Permai 19, Kampung Tasek Permai, Ampang, dekat sini antara pukul 6 petang dan 7 malam, 14 Julai lalu.

Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raihanah Abd. Razak mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang dibaca Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.


Majistret Haslinda A Raof tidak membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 14 September ini untuk sebutan semula kes. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN