KUALA LUMPUR 3 Ogos – Kira-kira 300,000 orang dikhuatiri telah diperdaya oleh sebuah yayasan yang menyediakan dana berjumlah sehingga RM400,000 kononnya sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bagi pembangunan usahawan. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, yayasan tersebut yang kononnya mempunyai dana berjumlah kira-kira AS$20 trilion (RM81.35 trilion) menjanjikan pemberian dana dengan peserta perlu membayar yuran pemprosesan serendah RM30 sehingga RM2,500. Sehubungan itu, kata Nadzim,…










