TOKYO 6 Ogos – Kira-kira 3,000 peralatan ketenteraan termasuklah pistol, pedang dan bom tangan dipercayai digunakan ketika Perang Dunia Kedua dijumpai ditanam di sebuah sekolah rendah. Para pekerja pembinaan menjumpai kesemua senjata tersebut ketika mereka mengorek tanah Sekolah Rendah Tanashi di bandar Nishitokyo, Tokyo untuk membina bangunan stor baharu. Antara senjata yang ditemukan ialah 1,400 senjata api; 1,200 pedang, lapan bom tangan dan 302 peluru. “Kami sangat terkejut selepas dimaklumkan…









