KUALA LUMPUR 28 Ogos – Seramai 300 peserta menghadiri program Bicara@Muzium yang dianjurkan oleh Jabatan Muzium Malaysia (JMM). Timbalan Ketua Pengarah (Permuziuman) JMM, Mohd. Azmi Mohd.Yusof berkata, ia merupakan satu platform terbaik kepada para kurator, ahli profesional muzium dan aktivis dalam berkongsi pengetahuan serta pengalaman selain menarik minat orang ramai mengunjungi institusi yang menempatkan pelbagai tinggalan sejarah itu. “Program ini adalah satu inisiatif JMM untuk menyebarkan peranan muzium kepada masyarakat…










