KUALA LUMPUR 17 Ogos – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan 3.1 juta saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang belum berbayar dibatalkan oleh kerajaan. Menurut Anthony, pembatalan itu dilakukan selepas kontrak syarikat pengendali sistem AES yang akan tamat pada 31 Ogos ini tidak disambung kerajaan. Operasi kamera dan saman AES akan diambil alih sepenuhnya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mulai 1 September depan. Penguatkuasaan ini akan dilakukan dengan tegas…










