SEREMBAN 25 Ogos – Seramai 28,669 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen dalam 9,349 operasi yang dijalankan di seluruh negara sejak 1 Januari hingga Isnin lalu. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, sepanjang tempoh tersebut pihaknya telah memeriksa seramai 114,559 warga asing yang berada di negara ini. “Selain itu, 866 majikan yang masih berdegil menggaji atau melindungi PATI sepanjang tempoh itu diberi amaran berulang kali sehingga…










