280 jenis ubat tidak berdaftar dirampas - Utusan Malaysia

280 jenis ubat tidak berdaftar dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Ogos – Kementerian Kesihatan telah merampas kira-kira 280 jenis ubat tidak berdaftar bernilai lebih RM200,000 di 10 premis disyaki digunakan untuk menjual produk tersebut kepada warga asing di sekitar Jalan Tun Tan Siew Sin, di sini.

280 jenis ubat tidak berdaftar dirampas
Dr. Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tindakan tersebut diambil susulan pendedahan sebuah akhbar tempatan minggu lalu yang mendakwa terdapat kegiatan penjualan ubat-ubatan tidak berdaftar yang didalangi warga Bangladesh di sekitar ibu kota.

Hasil siasatan awal, menurut beliau, pihaknya telah merampas ubat-ubat tidak berdaftar yang disyaki mengandungi racun berjadual seperti ubat antibiotik (Cefuroxime, Metronidazole), ubat tahan sakit (injeksi Tramadol, injeksi Ketoprofen) dan ubat penenang (injeksi Diazepam).

Memuatkan artikel berkaitan…

Kawasan ini merupakan kawasan tumpuan membeli-belah warga asing terutamanya warga Bangladesh dan kebanyakan pembeli ubat-ubat tidak berdaftar ini adalah dalam kalangan warga Bangladesh.

Premis perniagaan ini juga pernah telah diambil tindakan penguatkuasaan pada tahun 2016 dan 2017,” katanya dalam sebuah kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini