27 van Skuad Sayang disita - Utusan Malaysia

27 van Skuad Sayang disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 3 Ogos – UMNO Johor diarah menyerahkan van Skuad Sayang yang digunakan oleh sayap wanita di negeri ini dipercayai bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Difahamkan, sebanyak 27 van Skuad Sayang di semua 27 bahagian UMNO di Johor diserahkan kepada pihak polis secara berperingkat atas arahan mahkamah semalam.

Perkara tersebut disahkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad selepas tersebar dalam media sosial sejak malam tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita dimaklumkan supaya menyerahkan van Skuad Sayang kepada pihak polis bagi siasatan di bawah AMLA dan kita telah memberi kerjasama sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×