QUITO 14 Ogos – Seramai 24 orang terbunuh manakala 18 lagi cedera dalam insiden kemalangan ngeri di Quito melibatkan sebuah bas membawa pelancong dari Colombia dan Venezuela, lapor pihak berkuasa. Bas dengan plat lesen asing itu berada di lebuh raya kira-kira 30 kilometer di timur Quito apabila ia bertembung dengan sebuah kenderaan serba guna sebelum terbalik dan merempuh tiga buah rumah berhampiran. Kebanyakan mangsa yang maut adalah warga Colombia dengan tiga kanak-kanak serta tiga warga Ecuador merupakan antara yang turut terbunuh dalam kejadian itu.-AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya