KHOST, AFGHANISTAN – Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan 50 lagi cedera dalam serangan bunuh diri di sebuah masjid di wilayah Paktia, timur negara ini yang bersempadan dengan Pakistan. Ketua Polis Paktia, Jeneral Raz Mohammad Mandozai berkata, jumlah kematian dijangka meningkat dalam serangan yang melibatkan masjid milik golongan Syiah itu. Pada masa yang sama seorang pegawai memaklumkan, sekurang-kurangnya 70 maut dan cedera dalam serangan tersebut. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya