SEREMBAN 8 Ogos – Sebanyak 130 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di negeri ini sehingga minggu ke-32 tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, daripada jumlah itu sebanyak 99 kes dilaporkan di daerah ini, Port Dickson (18), Jelebu (7), Jempol (3), Kuala Pilah (2) dan Rembau (1). Katanya, sejak Januari lalu hingga kini, sebanyak 1,995 kes HMFD telah dilaporkan…










