SUNGAI BULOH – Seramai 118 tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) di Penjara Sungai Buloh bersetuju menghentikan mogok lapar. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berkata, persetujuan itu diperoleh selepas beliau mengadakan pertemuan dengan wakil tahanan lebih dua jam. “Mereka (tahanan) bersetuju untuk tamatkan mogok lapar dan mula minum serta makan. Tahap kesihatan mereka juga berada di tahap terbaik,” katanya kepada pemberita di…










