KOTA BHARU 30 Ogos – Kira-kira 1,000 peserta mewakili 114 badan bukan kerajaan (NGO) menyertai program Malaysia #Quran Hour di Masjid Al-Ismaili, Bandar Baru Pasir Pekan, di sini hari ini. Program yang diadakan selama tiga jam itu bermula pada pukul 11 pagi diserikan dengan syarahan berkaitan Al-Quran yang disampaikan oleh Pengarah Pusat Islam Universiti Malaysia Kelantan, Prof. Madya Dr. Azhar Muhammad. Yang turut hadir ialah Pengerusi Persatuan Rumah Ngaji negeri,…










