IPOH – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampong Pasir Puteh di sini mencatat sejarah tersendiri selepas berjaya menyiapkan Jalur Gemilang sepanjang 52 meter yang dihasilkan oleh seramai 110 pelajar sempena menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-61 pada tahun ini. Pengetuanya, Mohd. Tahir Sastro berkata, bendera yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah tersebut mengambil masa selama tiga hari untuk disiapkan sebelum ia dikibarkan secara rasmi hari ini. Jelasnya, idea untuk menghasilkan Jalur…










