106 kontinjen sertai perarakan di Terengganu - Utusan Malaysia

106 kontinjen sertai perarakan di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 31 Ogos – Sambutan Hari Kebangsaan 2018 peringkat negeri Te­reng­ganu di Dataran Batu Burok di sini hari ini berlangsung dalam suasana meriah dengan di­sertai sebanyak 106 kontinjen melibatkan hampir 4,000 peserta.

Kesemua mereka terdiri daripada wakil jabatan dan agensi kerajaan, badan berkanun, anak syarikat kerajaan negeri, syarikat korporat, institusi pengajian, kumpulan pancaragam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan berkenan berangkat ke majlis itu bersama kekandanya, Tengku Nadhirah Zahrah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Baginda disambut oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk A. Rahman Yahya dan Pengerusi Jawatankuasa Agung Sambutan Bulan Kebangsaan 2018 peringkat negeri, Ariffin Deraman.

Terdahulu, perbarisan yang bermula seawal pukul 7.45 pagi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan berakhir di dataran tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini