103 pelajar MRSM Taiping keracunan - Utusan Malaysia

103 pelajar MRSM Taiping keracunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING – Belum reda dengan kes keracunan makanan yang berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping tiga minggu lalu, kejadian sama berulang kembali apabila 103 pelajar sekolah tersebut mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah pagi semalam.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Ding Lay Ming berkata, maklumat awal kes keracunan makanan membabitkan pelajar sekolah itu diterima pihak Pejabat Kesihatan Daerah Larut, Matang dan Selama selepas menjalankan siasatan berhubung kes itu pagi semalam.

Katanya, rawatan awal telah diberikan kepada pelajar dan mereka yang memerlukan rawatan lanjut dihantar untuk dirawat di Hospital Taiping.

“Kesemua kes diberikan rawatan sebagai pesakit luar dan tiada yang dimasukkan ke wad.

“Premis dapur asrama MRSM itu telah ditutup mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN